[close]

15 April 2012

Popcorn wayang

Ahh sedap nye makan popcorn masuk angin entah siapa punya, ada orang tertinggal dalam kereta. Tapi kotak dia macam popcorn dari panggung wayang. Makan punya makan, bawah sekali ada lipas, burrrp kenyang.

Laki-laki loser punya weekend life

Life seorang laki-laki biasanya simple, bangun pagi time weekend bangun lambat, pergi kencing, kalau ngantok tido balik, lepas tu bangun cari air minum, ada makanan lebih terus makan (bukan nasi) tanpa gosok gigi, biasa la tu. Lepas tu menghadap komputer, main solitaire tengok awek kat facebook hisap rokok, sedar-sedar dah pukul 2 petang. Pergi mandi ala kadar, cari nasi pulak untuk lunch. Lepas makan ngantok tido balik sampai petang, member ajak main bola. Yang belah malam macam biasa la, pergi makan lepak kedai, sembang kosong usha awek lagi, mengarut lawak bodoh, balik menghadap komputer lagi. Bla bla bla...rasa dah habis aktiviti, tido. Simple kan? Simple la aku rasa

31 March 2012

Penagan

Aku duduk diam, ada jugak yang cakap blog aku best, ehem ehem!

01 February 2012

Kerajaan negara aku

Pemimpin Malaysia banyak mengarut lebih je la, sebab tu ramai rasa politik kat Malaysia ni sampah. Mana-mana pemimpin Malaysia tolonglah faham rakyat miskin macam aku, nak makan nasi mahal hari-hari, nak isi minyak mahal untuk motor hari-hari, itu belum orang lain yang duduk tempat banyak tol, aku malas cerita la sebab aku takde. Tolong la pemimpin, kalau tak dapat duduk sama-sama susah dengan aku pon, ko tolong jangan susahkan aku, tolong la!

27 October 2011

cuti deepavali

semangat habis aku balik cuti awal, tujuan asal nak study, kita tengok study ke tak study aku penyudahnya nanti