[close]

18 April 2010

sikit je lagi nak masuk hospital..

gua dah lama mengidam mee kari kat simpang gambang. tadi tengah gua mengadap nota hubungan etnik, member gua sapa 'wei hang ni macam pelaq la study, jom pekena mee kari' gua dengan lincahnya bangun, terus tutup semua nota tu. mata gua da bengkak tahan ngantuk akibat dek nota nota tu. patot la sering kali gua tengok budak2 kelas gua tido sampai terhantuk kepala atas meja time kelas hubungan etnik..nak dijadikan cerita, si amirul(bukan nama sebenar) tiba2 tak malu nak ikut gua dengan member2 gua nak gi makan mee kari padu tu. kitorang semua gerak la ke simpang gambang, cilaka tak cilaka, kedai mee kari tu tutup. gua tengok mulut apis(bukan nama sebenar) da terkumat-kamit mencarut-carut tak sudah. gua dengan gentleman-nya, bagi idea cari kedai makan lain. dalam hati memang gua nak join si apis tadi mencarut, tapi gua tau gua ni geng2 gi surau kalo dengar bunyi azan, tak baik pulak rasanya. jadi perjalanan kami pon diteruskan. cari2 punya cari last2 tersasar ke jaya gading. nak taknak, kami terpaksa u turn kalau nak makan kat jaya gading ni. time tu hujan renyai, semua besorak la sebab da berminggu2 hujan tak turun. sebelum sampai kat tempat nak u turn tu, macam biasa la, masing2 cuba buat lawak bodoh merek 'wei drift drift, cite evolusi kl drift 2 pon aku x tgk lagi ni' gua yang dah lama tahan lawak bosan ni, terus sekeh kepala member gua yang buat lawak tu. padan muka lu. sampai je kat tempat u turn tu, tak sangka2 lawak yang gua sangka bosan tu jadi kenyataan. si driver, gagal mengawal stering, gua tengok dengan mata gua. dia da pusing stering tapi kereta terus je. mak aii gua da ketar2 lutut da. ape lagi hentam divider beb. nasib baik divider tu jenis rendah sikit. kereta terbabas atas divider. ngeri gak la pasal gua duduk tengah kat seat belakang tu. gua nampak jelas. gua dengan bengangnya terus marah2 amirul, pasal dia la kami terbabas, lu berat amirul, gua da cakap awal2, lu belagak, cakap berat da turun la ape la. nasib baik la takde sape injured, macam main bola kat padang pon ade..

kalau lagi panjang lagi bosan cite ni. gua nak cakap semalang-malang hari ni masih bernyawa gak gua untuk jawab exam2 final.

2 comments:

stiffler said...

gila mee kari..nampak padu!!~slurpp

afiq azmi said...

sangat padu beb~
nanti tahun2 mendatang ko dtg sini aku blanje la, ajak sanak saudara