[close]

19 August 2010

puasa banyak dugaannya

dah lama gua tak update blog gua ni, bak kata orang tua, dah usang!
meh sini gua bukak cerita. tadi macam biasa, gua punctual gi kelas, seperti sedia maklum gua ni memang jenis berdisiplin punya orang. setakat punctual gi kelas tu benda biasa je lah, gua tak heran langsung! ok start cerita, sampai2 je kat kelas, dengan semangat belajar tu kata orang berkobar2, satu benda yang boleh kata durian runtuh gak la, muncul depan aku dengan si nangka. lu orang tau tak apa dia? memang lu orang takkan tau la kalau gua tak cakap, ye dok?! yelah2..sori la, gua nak gitau la ni. meja yang kitorang duduk (duduk atas meja?) tu ada handphone..rezeki terpijak la bak kata orang, tapi haram kan..dengan mood puasa yang aku ada, nafsu untuk gua sambar handphone tu takde langsung lah! zero beb, zero! tapi si nangka ni memang jenis jakun kalau nampak handphone, lu orang bagi je handphone apa2, memang habis dia belek sampai tetanggal2 keypad. dah nampak handphone bawah meja tu apa lagi, memang excited la mamat tu. tak bekelip mata, gua tampar2 muka dia boleh buat dek je, taksub gila kan dia dengan handphone?! lepas dah pikir nak sambar (rasa2 gua la) si nangka pon macam nak masukkan handphone tu dalam beg je. gua berwatak macho masa tu, gua buat bodoh je, terpikir gak gua nak cover kan si nangka ni, tapi gua taknak terlibat dengan kerja2 haram macam tu, so gua buat taktau je la (kira tak bersubahat kan). tiba2 dengar pintu kelas begegar macam gempa bumi, memang hardcore gua cakap lu, tiba2 sorang mamat muncul dari gegaran pintu tu, dengan suara yang kuat nak mampus mamat tu pon menjerit 'woi budak! itu handphone aku!' nangka yang tadi mcm tengah hati2 nak masukkan handphone dalam beg, terperanjat. handphone tu jatuh lepas tu bekecai2..mamat tadi(owner handphone) dengan bengangnya datang kat nangka, penampar hinggap! nah kau, ni la padahnya nak mencuri..tapi mamat tu lagi padah, habis berkecai handphone dia..haih tak tau dah gua nak cerita apa lagi, habis dah idea gua menipu lu orang

p/s nokia 5800 express music wa cakap lu! kalau amik tadi memang haram dah, kan?

No comments: