[close]

22 August 2010

Sedikit Sesi Luahan

kebelakangan ni, hidup gua sedikit tak tentu hala, yelah banyak hal-hal nya. gua rasa sekarang ni gua jadi seorang yang optimistik, sangat2! apa yang gua baca, apa yang gua dengar, apa yang gua nampak, gua terima bulat2, dengan senang. orang kata kalau optimis sangat pon tak boleh, dah boleh consider lurus bendul. benda2 macam ni kadang buat gua bimbang. tapi lepas gua terima semua benda tu, akan ada satu sesi yang mana gua akan fikir balik. betul ke tak. tu lah persoalan yang selalu ada dalam sesi tu. kadang2 gua pon hairan, tah tang celah mana tah yang buat guna jadi macam tu, gua risau sebenanya, kot2 satu hari nanti kalau orang cakap yang gua ni ada bakat jadi model, gua akan ikut (ni contoh je mangkuk!).

gua tak tau macam mana lagi nak tuka mind-set kasi mantap sikit, gua rasa benda ni perlu, kalau lu orang rasa masalah ni macam simple, "ala kecoh la mamat ni, masalah pon tulis dalam blog" eh gi mampos la! tapi gua nak mention balik, benda ni sangat kritikal dan penting untuk gua setelkan. gua dah go through satu sesi yang mana kalau gua still dengan gaya pemikiran optimis-sangat ni, masa depan gua akan hancur! gua akan jadi boneka dan badut dunia keliling. jadi harapan gua masalah ni boleh setel, dan kalau lu orang ada treatment paling padu, sila bagitau gua!

*try search dekat youtube 'Badut HD version'

No comments: