[close]

27 June 2011

cerita kemalangan ganas

Cerita ni berkisarkan tentang aku, hanya aku takde kaitan sikit pon dengan orang lain. kali ni berbicara pasal accident, yg mana sebelum ni aku pernah cerita pasal accident dengan kawan, kalau taktau boleh baca kat sini. Yang lama tu tak berapa horror compare dengan yang baru ni. Cerita dia macam ni, semalam masa dalam perjalanan (baru dlm 2-3minit) ke tempat kerja, aku tengah drive tiba-tiba botol air terjatuh, so aku angkat la dan letak atas seat belah kiri. Entah kenapa dan macam mana aku boleh ambik dan letak botol air tu sambil mata tak tengok ke jalan, so bila aku dah alih pandangan kat jalan balik, kereta dah makan jalan tepi, rumput-rumput, masa aku pandang tu sikit lagi nak masuk longkang. Aku gelabah la, kencang jugak degup jantung. Terus aku balas steering ke kanan sebab nak betulkan balik position kereta kat atas jalan. Entah la sebab apa, dengan laju bila aku balas steering tu, kereta terus masuk lane kanan, aku syak aku tak lepas paddle minyak. So kereta dah makan jalan ke kanan pulak, so aku dengan laju nya balas balik steering ke kiri. Punya la aku taktau kenapa, bahagian belakang kereta aku berpusing, kereta totally dah tukar direction dan dengan lajunya kereta terus masuk ke longkang, disusuli dengan hentaman bahagian belakang kereta yang berpusing tadi. Entah la korang boleh imagine ke tidak, tapi macam tu la apa yang jadi. Aku sepantas mungkin matikan enjin dengan keadaan kereta yang senget ke kanan, sebelah bahagian kereta dalam longkang sebelah atas longkang. Risau kalau-kalau kereta meletup. Aku keluar ikut pintu lagi satu sebab pintu belah driver memang tak boleh bukak. Nasib baik kawan aku ada lalu situ masa tu, dia nak gi bengkel, kerja kot. Dia la yang hantar aku balik. Tak payah la cerita apa jadi bila aku sampai rumah, cuma yang hairan nya, aku sikit pon tak injured dan kereta sikit pon tak nampak calar.
Masa accident tu aku fikir mati, dan rasa macam dalam action movie masa kereta berpusing-pusing tu. Alhamdulillah aku masih selamat. Dan sorry sebab ada jugak la kaitan dengan orang lain, kawan aku yang hantar balik tu.

1 comment:

iezuan said...
This comment has been removed by the author.